Tuesday, December 23, 2008

aku ingin

emosi pedih melanda hati, jiwa, nafsu & perasaan....

aku ingin terbang bebas di dada langit seperti burung-burung yang bermain angin

aku ingin berenang bebas di lautan dalam seperti ikan-ikan di dalam sangkar lautan

aku ingin menjadi kanak-kanak yang tertawa riang

aku ingin tersadai bersendirian di pulau

aku ingin lari dari realiti

aku ingin lari dari kenyataan

aku ingin ketawa berdekah-dekah

aku ingin menangis teresak-esak

aku ingin.....

aku nak sebuah kereta

please ayah...saya mahu sebuah kereta supaya senang untuk menggerakkan diri saya ke mana-mana sahaja!

boleh tak ayah ku sayang....?

Monday, December 15, 2008

finally!

selepas aku berusaha bertungkus lumus dalam meningkatkan keupayaan diri aku ni, akhirnya aku berjaya jugak menaikkan pointer aku! so, terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang telah sudi menyumbangkan idea dan tenaga mereka untuk menolong diriku ni.

kini, aku telah berjaya mendapatkan 4.00

tapi untuk semester yang lepas je la..tapi, ape-ape pon aku amat la bersyukur dengan result aku.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan...


Sunday, December 14, 2008

go~ boongashoes!

semalam aku ada terjumpa satu blog yang amat best! memang aku tabik spring kat empunye blog nih sebab mempunyai daya kreativiti yang cukup tinggi. blog tersebut adalah...

boongashoes!

design untuk shoes tersebut memang lawa and really attractive. aku sendiri punya minat nak beli tapi malangnya at this moment, aku tak mempunyai duit nak membeli kasut-kasut tersebut!

arggh!! benci!

tapi tak mengapa. nanti bila aku dah mempunyai saliran wang yang cukup jitu lagi kukuh, aku akan sendirinya menempah design yang amat power dan cun giler!

masa tu, memang aku akan berjalan dengan gah nye sebab aku memakai kasut yang unik dan hanye aku seorang yang memakainya~~

hahaha (gelak seperti ahli sihir yang jahat!)

so, hesitate no more and drop by to the blog untuk tengok mana-mana yang korang berkenan, yang chantek tertarek d bom!

till then...

anjakan paradigma

aku sebenarnye da malas nak buat entri dalam bahasa inggeris nih. penat lah. bukannye x reti berbahasa inggeris tapi aku x terrer sangat dalam bahasa inggeris ni. makanye aku tulis lah dalam bahasa melayu yakni bahasa ibunda kita.

arakian, cerita yang terbaharu pasal diriku ini, aku baru je lulus lesen kereta dan berasa teruja di atas kejayaan tersebut.

malangnya.

disebabkan ayahku memiliki kereta jenis lori (storm) maka aku amatlah malas sekali nak keluar memandu kereta atau pun 'lori' tersebut. bukannya kami sekeluarga tidak memiliki kereta lain tapi, kereta tersebut amatlah old skool dan membuat aku bertambah lah malas nak memandu kereta tersebut. kereta tersebut adalah toyota LE.

dan.

aku berharap aku dapat memujuk ayahku yang terchenta untuk membelikan aku sebuah kereta yang kiranya padan dengan diriku yang agak comel ini (comel ker?)

tapi.

memandangkan diriku ini bukanlah berasal dari golongan yang agak berada dan senang. makanya aku tidak akan dapat sekali-kali memujuk ayahku untuk membeli kereta idamanku yakni volkswagon beetle.

atau

bolehkah?

mau ditamparnya aku nanti.

makanya kereta impian ku hanya tinggal impian.

isk.isk =,='
Daisypath Anniversary tickers