terima aku atau tidak dalam hidup kamu, bukan aku yang menentukannya.
aku tau had mana keterbatasan hidup aku dalam hidup kamu. tidak. aku tidak terasa. memang layak aku dilayan sebegitu kerna aku tau aku ini hanyalah pendatang baru dalam dunia kamu. tapi, tidak mengapa, andai kamu tidak membenarkan langkah jejak kakiku ini menapak dalam dunia kamu, aku tidak berkecil hati.
aku hanya mahu bersikap optimis. mungkin kamu sangka aku tidak mendengar tapi suara hati aku nyata kuat mendengar setiap kata2 yang terpacul dari mulut kamu.
aku tidak salahkan kamu. mungkin kamu masih terkejut dengan kedatangan aku ke dalam dunia kamu. niat aku hanya satu, melibatkan diri bersama dunia luar.
aku sedikit bahagia dari yang dulu. benar. terasa besar dunia ini berbanding yang dulu. bagaikan terlihat warni warni rama2 yang berterbangan disisi aku.
cuma, aku perlu tabah. tabah menghadapi serangan 'zombie2' yang ganas dan rakus meratah setiap inci badanku. aku tahu mereka memerhatikan aku disaat ini, bersembunyi disebalik bayang2 gelap sambil memerhatikan saat bilakah langkahku mulai longlai dan akhirnya jatuh tersungkur mengadap bumi.
mungkin..
usiaku masih mentah tapi aku dah begitu banyak menghadapi pengalaman hidup yang amat memeritkan dan membuatkan aku jatuh. kamu tak akan tahu dan tak akan faham sebab kamu tidak pernah berada ditempat aku dan tak akan berada ditempat aku. jadi aku akan cuba untuk hidup tanpa kamu. tanpa kata2 yang sinis menghiris, tanpa gelak tawa yang menghancurkan jiwa dan tanpa pandangan mata yang membunuh.
makin aku kenal manusia makin aku matang dan makin aku tahu betapa ramainya manusia yang kurang matang dan kurang jiwa. tak guna kamu solat 5 waktu sehari, berpuasa sunat selama seminggu (aku pon x tau mazhab mne ko ikot) andai hati kamu busuk. jiwa kamu kosong, akal kamu pendek.
jangan gunakan nama Tuhan, andai isi hati kamu memburukkan orang lain.
' alhamdulillah, anak aku baik, x mcm anak si polan bin si polan.' (contoh).
sebab penghujungnya nanti, bahagian kamu akan kamu terima juga di akhirat nanti.