aku kasihan melihat kawan aku yang seorang ini. tak tau apa2 dan tiba2 disergah orang dituduh terbabit dalam hal itu. maaf ye kawanku.
rupanya menulis blog ini memerlukan penelitian yang sempurna juga ya?
kalau tidak akan dicop sebagai diskriminasi atau pun sebagai tempat memulangkan paku buah keras.
tidak..
blog aku ini tujuannya hanya untuk meluahkan apa yang aku rasa dimana mengikut tafsiran batin aku adalah untuk memuaskan hati aku sendiri tanpa memerlukan mana2 pihak untuk menyokong mahupun membantah luahan hati aku ini.
iya. sebab aku adalah aku.
kalau meluahkan perasaan itu dianggap kejam mahupun sadis dan menjengkel kan. maafkan aku.kamu tak layak berada disini dan cepat2 lah kamu menekan butang close yang tersedia di bahagian kanan komputer kamu itu.
aku hanya menulis apa yang aku rasa, yang aku alami dan mustahil sekiranya situasi yang aku alami, tidak dialami oleh kamu.
jiwa aku masih mentah sebenarnya untuk berblogging. penulisan aku banyak membuatkan orang terluka tanpa aku sedari walaupun apa yang aku tulis itu tanpa niat untuk menyakiti orang lain.
**********************************************
orang selalu menyatakan dengar kedua2 pihak sebelum membuat keputusan.
iya. aku mengakui nya. walaupun sebelum ini aku selalu berbuat begitu. membuat keputusan dari mendengar sebelah pihak sahaja.
aku tak melarangnya. kamu buat lah. dengar dari kedua2 pihak. tapi, mestilah mendengar menggunakan akal bukan menggunakan hati. campak jauh emosi kamu sebelum kamu bersedia mendengar.
sama juga bila kamu terlibat secara langsung dalam hal tersebut. apabila kamu membaca sesuatu yang dituliskan oleh 'musuh' kamu. letak diri kamu di tempat nya. manusia ini sukar untuk ditafsirkan. begitu juga kamu. mungkin kamu menganggapnya sebagai musuh sedangkan dia tidak?
oh tidak..
aku tak layak untuk beri nasihat ini.
tapi atas dasar saling mengingati kugagahi jua entri ini. lagipun, aku juga membaca nukilanku sendiri. biarkan ianya jadi peringatan untuk aku.
*menyalahkan orang lain untuk menyalahkan orang yang kita nak salahkan amat salah.*
oh ya..sekarang ini aku terpaksa meletakkan kenyataan seperti dibawah bagi mengelakkan perselisihan faham yang amat mendalam.terima kasih.
~entri ini tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia.

No comments:
Post a Comment