rupa-rupanya ada hikmah disebalik menjadi seorang stalker ini.
stalker?
iye..aku mengaku.jadi seorang stalker adalah sangat tidak baik tapi aku sudah terjumpa dengan hikmahNya yang tersembunyi. aku terjumpa sebuah blog milik seseorang. aku tidak mengenali nya, pernah berjumpa? jauh sekali.
aku temui nukilan tersebut dari seorang teman (aku anggap dia seorang teman) yang jauh. yang juga aku tidak pernah mengenalinya tetapi mengagumi cerita2 nya. dari dia lah aku kenali lg seorang teman, saudara se-Islam ku. merapatkan silaturrahim kan bagus?
maka, dari dia lah aku bangkit tersedar dari lamunan hidup aku ni. dari lamunan panjang yang aku rasa memang membebankan dan aku tak patut terlalu menitikberatkannya pun.
benar.
aku patut pilih cermin yang betul.
sedikit petikan dari nukilan nya
'berhenti tunjuk2.
mereka bukan ada di depan mata kamu seawal bermula cerita sehingga hujungnya,
untuk kisah hidup kamu, mereka statik.
bukan kamu.'
selama ni aku terlalu bergantung pada seseorang, pada kawan2...ini hidup aku, bukannya hidup mereka, jadi atas dasar apa aku harus terlalu bersikap terlalu kebergantungan pada mereka?
mereka hanya lah sebahagian dari hidup aku yang mana sampai satu masa mereka akan pergi atau hilang terus dari hidup aku.
maka untuk apa lagi aku terlalu berharap pada mereka yang telah atau pun sudah singgah dalam hidup aku? bukan maksudnya aku membenci, jauh sekali tapi bila difikirkan diri aku ini sudah terlampau banyak dibayangi oleh orang lain. seolah tenggelam. tak wujud.
aku rimas.
aku nak bangkit jadi diri aku sendiri. aku nak orang mengenali diriku atas dasar kebolehan diri aku sendiri, atas personaliti dan peribadi aku sendiri. aku tak nak menjadi bayang orang lain. aku tak nak orang mengenali aku disebabkan kawan2 aku.
buruk mereka, buruklah aku.
cantik mereka, cantiklah aku.
orang boleh berkata ambillah yang baik sahaja dan biarkan atau campakkan yang buruk. tapi sedarkah mereka, bahawa mereka sendiri yang menuding jari penghujungnya nanti?
mungkin nanahnya sedikit, tapi yang sedikit itulah yang boleh terpalit pada wajah aku nanti.
aku mengaku, aku juga menuding jari pada orang lain. menyalahkan kawan2 sekelilingnya atas perangai atau tingkahlaku dirinya. manusia memang kurang kesedaran. termasuklah aku.
jadi aku teruskan jalan yang aku sudah pilih ini. aku tak pasti apa penghujungnya. andai penghujungnya menyebabkan aku tersungkur teruk, aku pasti akan bangun kembali.
namun, andai penghujung jalan itu indah, aku akan menadah tangan pada Tuhan kerana telah menyediakan jalan yang terbaik untuk aku. memetik kata2 seorang sahabat,
'kawan memang datang dan pergi, tapi ada seorang kawan yang tidak akan memalingkan pandanganNya dari kita. tidak kira betapa teruknya kita melayan Dia, Dia akan tetap berada disamping kita hingga ke akhir hayat kita nanti. dan tika ini Dia sedang memerhatikan kita dari arasy Nya yang agung.'
*senyum*
p/s: entri ini tiada kaitan dengan spe2 yg masih hidup mahupun mninggal dunia...trime kaseh..

No comments:
Post a Comment